Pertemuan Nabi Musa A.S. dan Nabi Khidir A.S.
Ilmu memegang peranan penting dalam kehidupan. Apapun kegiatannya, jika berbasis ilmu pasti bermanfaat. Khususnya dalam beribadah, kita harus mempelajari ilmu para nabi.
Kisah Nabi Khidir AS dan Nabi Musa AS ini diceritakan lengkap dalam Al Quran Surat Al Kahfi ayat 60-82. Ketika itu Nabi Musa AS diketahui sedang melakukan perjalanan jauh menuju ke arah laut.
Tibalah suatu ketika Nabi Musa AS bertemu dengan Nabi Khidir AS. Pertemuan ini merupakan teguran Allah SWT atas kelalaian Nabi Musa AS. Saat itu Nabi Musa berkata di hadapan kaumnya: “Siapakah yang paling berilmu? Nabi Musa menjawab sendiri, ‘Akulah yang paling berilmu’.”
Oleh karena itu, Allah mempertemukan Nabi Musa AS dengan orang yang lebih berilmu darinya, iaitu Nabi Khidir AS. Namun, Nabi Khidir menetapkan syarat jika ingin belajar daripadanya.
Syaratnya hanya satu, selama Nabi Musa AS berguru dengan Nabi Khidir AS, Baginda harus sentiasa bersabar ketika melihat keanehan-keanehan yang akan terjadi. Setelah mendengarkan syarat tersebut, akhirnya Nabi Musa AS pun mengikuti permintaan yang tidak begitu sulit daripada Nabi Khidir AS itu.
Ilmu yang diajarkan oleh Nabi Khidir AS kepada Nabi Musa AS merupakan contoh Ilmu Ma’rifat. Ketika sedang dalam perjalanan bersama, Nabi Musa AS melihat Nabi Khidir AS melubangkan kapal yang mereka tumpang dengan percuma sebelumnya. Hasilnya kapal milik seorang nelayan itu bocor dan tidak boleh ditumpangkan lagi.
Dalam kehairanan, Nabi Musa AS pun bertanya, “Kapal ini telah menumpangkan kita tanpa meminta sebarang upah, tetapi kenapa engkau sengaja melubangkan kapal mereka?”
Nabi Khidir AS pun menjawab, “Bukankah aku telah berkata, sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersamaku. Nabi Musa AS berkata, “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku.” Peristiwa ini direkodkan di dalam Al Quran seperti yang terdapat pada Surat Al-Kahfi Ayat 72-73.
Nabi Khidir AS pun memaafkan kelalaian Nabi Musa AS atas perjanjiannya sebelum itu. Kemudian mereka meneruskan perjalanan lalu bertemu dengan seorang kanak-kanak yang sedang bermain bersama rakan-rakannya. Tanpa ragu-ragu, Nabi Khidir AS menghampiri salah seorang daripada kanak-kanak tersebut dan membunuhnya.
Melihatkan kejadian aneh ini, Nabi Musa AS mengingkarinya dengan protes yang lebih keras daripada yang pertama. Lalu Baginda pun bertanya lagi, “Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar.” (QS. Al-Kahfi : 74)
Kemudian Nabi Khidir AS menjawab seperti pada ayat seterusnya. “Bukankah sudah aku katakan kepadamu bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku.” (QS. Al-Kahfi : 75)
Maka keduanya kembali meneruskan perjalanan sehingga tiba di sebuah perkampungan. Di sana terdapat sebuah rumah warga yang hampir roboh temboknya. Dengan inisiatif, Nabi Khidir AS pun dengan segera membaiki tembok yang hampir roboh tadi.
Hal-hal aneh yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS sepanjang perjalanan mereka itu telah menimbulkan banyak persoalan daripada Nabi Musa AS. Kemudian Nabi Khidir AS pun menjelaskan maksud dan tujuannya melakukan perkara tersebut.
Ketika Nabi Khidir AS melubangi perahu yang menjadi tumpangan mereka secara percuma, sebenarnya Nabi Khidir AS sudah mengetahui bahawa akan ada perompak yang berniat menjarah perahu milik nelayan tersebut di perjalanan nanti.
Kemudian Nabi Khidir AS menjelaskan alasan dirinya membunuh kanak-kanak yang sedang bermain bersama rakannya. Menurutnya, anak kecil itu merupakan anak yang nakal dan jahat apabila dia besar kelak. Mungkin membunuh anak itu merupakan hal terbaik untuk mencegah kemungkarannya.
Dan hal yang perlu dipahami dan dihayati adalah ketika Nabi Khidir AS melakukan semua tindakan di atas, ia semata-mata merupakan perintah daripada Allah SWT.
Selanjutnya, dalam peristiwa Nabi Khidir AS membaiki tembok yang sepertinya akan roboh, sebenarnya itu adalah harta warisan untuk anak yatim yang harus dijaga.
Namun ketika sedang membaiki, Nabi Khidir AS pun berkata seperti yang dinyatakan dalam Al Quran, Surah Al Kahfi Ayat 77- 78 bahawa, melalui tangannya, dia menegakkan dinding itu. Nabi Musa pun berkata, “Jika kamu mahu, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.” Nabi Khidir berkata lagi, “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu.”
Melalui kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS di atas, jika diteliti dan difahami dengan baik, terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya, terutamanya berkenaan dengan ilmu. Surah ini tidak hanya digalakkan untuk kita membacanya pada setiap hari Jumaat sahaja, malah kita juga diperintahkan untuk mentadabbur segala isi kandungannya agar kita dapat memperoleh manfaat daripadanya.